suria

PRK Kajang: Anwar Tidak Akan Lepaskan Permatang Pauh

Anwar menyampaikan ucapan dalam pertemuan dengan penduduk Permatang Pauh di Yayasan An-Nahdhoh, Butterworth, Sabtu. -foto THE STAR/Asri Abdul Ghani
Anwar menyampaikan ucapan dalam pertemuan dengan penduduk Permatang Pauh di Yayasan An-Nahdhoh, Butterworth, Sabtu. -foto THE STAR/Asri Abdul Ghani

BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh walaupun menang kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Kajang.

"Jika anda boleh menjadi ahli Parlimen di Sarawak dan Adun di Sabah atau sebaliknya, saya tidak fikir menjadi ahli Parlimen di Permatang Pauh dan Adun di Kajang akan menjadi masalah," kata Anwar semasa sesi bertemu penduduk Permatang Pauh di Yayasan An- Nahdhoh, Kubang Semang, Sabtu.

Anwar berkata ini adalah tanggungjawab yang beliau perlu dipenuhi selepas diberi mandat oleh pengundi Permatang Pauh pada pilihan raya lepas.

Beliau menambah beliau perlu bertanding dalam pilihan raya Kajang dalam usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri model.

Pada 28 Januari, PKR menamakan Anwar sebagai calon bagi pilihan raya kecil Kajang yang terpaksa dipanggil berikutan peletakan jawatan Lee Chin Cheh.

Pengumuman dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, yang mana terdapat spekulasi menyatakan bahawa cara ini akan membuka jalan untuk Anwar untuk mengambil alih jawatan MB di negeri Selangor.

Artikel Sebelum

Artikel Lain