MB Selangor Nafi Terlibat Dalam Kenyataan Faekah Isu PRK Kajang - Semasa | mStar

MB Selangor Nafi Terlibat Dalam Kenyataan Faekah Isu PRK Kajang

Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Sabtu menafikan penglibatannya dalam kenyataan bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin, yang dikatakan membidas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Abdul Khalid berkata, kenyataan Faekah menerusi akaun Twitter tidak mewakili beliau secara rasmi sama sekali sebab ia bukan daripada Pejabat Menteri Besar.

"(Kenyataan Faekah dalam Twitter) bukan mewakili saya, Yang mewakili saya ialah kenyataan akhbar rasmi (daripada Pejabat Menteri Besar).

"SMS (khidmat pesanan ringkas) dan komunikasi menerusi internet (media sosial) bukan kenyataan rasmi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama penyokong bola sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Faekah itu yang seolah-olah membidas Anwar susulan perkembangan kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Januari lepas.

Faekah yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) dilaporkan meminta ahli politik dari luar Selangor agar belajar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan dan kenyataan.

"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitternya pada Jumaat.

Khabar angin bertiup kencang kononnya Abdul Khalid akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bagi memberi laluan kepada Anwar menggantikannya, susulan Anwar diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kajang.

Lee, yang meletakkan jawatannya pada 27 Januari lepas, dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan itu dibuat "demi kepentingan bersama dan bertujuan memperkukuh keupayaan Pakatan memberi khidmat kepada rakyat." - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini