Dua Remaja Lelaki Dipukul Disyaki Cabul Pelajar Tingkatan Dua - Semasa | mStar

Dua Remaja Lelaki Dipukul Disyaki Cabul Pelajar Tingkatan Dua

KOTA BARU: Gara-gara disyaki mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, dua remaja lelaki cedera dipukul sekumpulan lelaki di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak di sini.

Ketua Daerah Polis Kota Baru, ACP Azham Othman berkata kejadian pada 6 pagi itu menyebabkan kedua-dua remaja cedera di kepala dan badan dipercayai dipukul dengan batang besi.

"Dua remaja itu, yang sedang berehat di sebuah rumah, dikejutkan dengan kedatangan enam lelaki yang bertindak menyerang mangsa secara bertubi-tubi di bahagian kepala serta badan.

"Mereka kemudian turut dibawa kumpulan lelaki berkenaan ke sebuah rumah lain sebelum dipukul dengan besi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Azham berkata siasatan awal mendapati dua remaja itu dipukul setelah disyaki mencabul pelajar berkenaan di sebuah rumah di Pengkalan Chepa pada 2 pagi Sabtu.

"Sebelum kejadian, dua remaja itu telah membawa pelajar berkenaan untuk keluar dengan menaiki kereta sebelum bertindak membawa gadis itu ke sebuah rumah seorang daripada remaja berkenaan.

"Seorang daripada remaja itu bertindak menarik tangan gadis itu masuk ke dalam rumah sebelum bertindak membuka baju pelajar itu menyebabkan baju gadis tersebut terkoyak, selain cuba menciumnya," katanya.

Azham berkata bagaimanapun, remaja berkenaan kemudian melepaskan gadis itu dan menghantar mangsa balik semula ke rumahnya.

"Pelajar perempuan itu turut membuat laporan polis mengenai kejadian cabul yang menimpa dirinya pada hari kejadian," katanya.

Kedua-dua remaja kini ditahan reman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Polis turut mencari kumpulan lelaki yang memukul dua remaja itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa