suria

Lelaki Parah Kereta Terjatuh Dari Parkir Tingkat Empat

Keadaan sebuah kenderaan jenis Myvi yang menjunam jatuh dari tingkat empat Kompleks Asia City di Kota Kinabalu, awal pagi Khamis. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera parah selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terjatuh dari parkir tingkat empat bangunan Asia City di sini awal pagi Khamis.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa yang berumur 52 tahun itu sedang mengundurkan keretanya namun terbabas lalu terjatuh ke bawah.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun berkata tiga tulang rusuk mangsa patah selain dia mengalami pendarahan pada paru-paru.

Mangsa sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 2 dan belum sedarkan diri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata pihak mereka terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain