suria

Lebih 1,200 Pati DiusirPulang Sejak 21 Januari

Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid.

KUALA LUMPUR: Seramai 1,239 pendatang asing tanpa izin (Pati) telah diusir pulang ke negara asal masing-masing sejak Operasi Bersepadu 6P bermula sejak 21 Januari lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian itu menerusi Jabatan Imigresen telah mengendalikan 271 operasi di seluruh negara sejak tempoh itu.

"Kita telah menghantar pulang 1,239 Pati, termasuk 563 warga Indonesia dan 177 warga Myanmar.

"Kita akan mempergiatkan operasi memburu pati pada minggu-minggu seterusnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Khamis.

Beliau menambah, kira-kira 3,000 Pati berada depo tahanan Imigresen di seluruh negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain