suria

PRK Kajang 'Demi Kepentingan Seorang Lelaki' - Najib

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil Kajang diadakan demi kepentingan seorang lelaki, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweet terbaharu beliau.

Dengan tidak menamakan lelaki itu, beliau menyatakan: "Tanpa memikirkan soal persaingan, pilihan raya kecil di Kajang bukannya mengenai rakyat tetapi lebih kepada kepentingan seorang lelaki #BETTERNATION."

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mengumumkan bahawa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada Isnin lepas.

Pengumuman itu menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain