suria

Murugesan Dilantik Bendahari Agung MIC

S.Murugesan
S.Murugesan

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung MIC Datuk S.Murugesan, pada Khamis dilantik sebagai bendahari agung parti yang baharu menggantikan Datuk R.Ramanan.

Ramanan telah meletak jawatan awal minggu ini selepas kontroversi berikutan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap beliau dalam satu kes sivil.

Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata latar belakang undang-undang Murugesan akan menjadi aset kepada parti.

"Murugesan telah ditugaskan untuk membawa semua aset parti di bawah satu bumbung.

"Dengan latar belakang undang-undang Murugesan, beliau akan dapat menguruskan akaun parti, wang dan harta dengan cara yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Tambahnya Murugesan mampu bekerja bagi mendapatkan dana daripada sektor korporat untuk parti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain