suria

Cubaan Samun Pekerja AirAsia, Penganggur Dipenjara Tiga Tahun

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara tiga tahun kerana percubaan merompak pekerja AirAsia X, yang meninggal dunia selepas dilanggar dua lelaki yang mahu menyelamatkannya daripada menjadi mangsa jenayah.

Mohamad Faiz Amirol Mohamad, 23, mengaku bersalah cuba merompak Shahrinawati Abu Bakar di hadapan Palm Villa City Garden di Taman Nirwana, Ampang pada 2.45 pagi, 29 Ogos tahun lepas.

Walau bagaimanapun, pemandu bas sekolah, Azizee Ishak, 26, yang dituduh dengan kesalahan yang sama, memilih untuk dibicarakan.

Menurut fakta kes, dua lelaki yang menaiki motosikal telah dilihat cuba menyamun beg tangan Shahrinawati.

Dua lelaki yang melihat kejadian itu cuba merempuh motosikal dengan kereta tetapi kedua-dua suspek berjaya melepaskan diri.

Seorang pengawal keselamatan menjumpai dompet Mohamad Faiz di tempat kejadian.

Pengenalan di dalam dompet membawa kepada penangkapan Mohamad Faiz tidak lama kemudian.

Dilaporkan bahawa dua lelaki yang cuba menyelamatkan mangsa dengan cara mengundurkan kereta untuk melanggar suspek secara tidak sengaja merempuh Shahrinawati.

Dia meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain