suria

PRK Kajang: Krisis Dalam PKR Kritikal - Nazri

Nazri
Nazri

GENTING HIGHLANDS: Pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mencerminkan krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang teruk, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata, PRK itu juga memberi isyarat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk 'tinggalkan' jawatan berkenaan selepas gagal mengendalikan isu melibatkan Mohamed Azmin Ali dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Kita semua tahu bahawa menteri besar tidak bercakap benar apabila berkata pengurus besar PKNS yang mahukan Mohamed Azmin digugurkan daripada agensi itu.

"Sebagai Menteri Besar, beliau tidak sepatutnya menipu, sekarang telah jelas bahawa Abdul Khalid perlu 'pergi'," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun Nazri memberitahu, Mohamed Azmin bukanlah calon sesuai yang boleh diterima oleh parti komponen dalam pakatan rakyat untuk menjadi menteri besar.

"Sebab itu, Anwar tidak mempunyai pilihan kerana beliau juga perlu menjaga persahabatan lama dengan Mohamed Azmin. Hanya jalan yang ada ialah Anwar perlu menjadi calon dan akhirnya dilantik menjadi menteri besar," katanya.

Artikel Lain