Bayi Ditinggalkan Bersama Nota Depan Pintu Rumah - Semasa | mStar

Bayi Ditinggalkan Bersama Nota Depan Pintu Rumah

Wajah comel bayi yang ditinggalkan depan pintu rumah.
Wajah comel bayi yang ditinggalkan depan pintu rumah.

KOTA BAHARU: Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan bersama sekeping nota dan sebuah beg pakaian di sebuah rumah di Kampung Jerulong, Salor di Pasir Mas, dekat sini, Rabu.

Pemilik rumah berkenaan, Nora Syettah Mohd Zain, 41, berkata beliau terkejut apabila terdengar tangisan bayi berkenaan pada pukul 4.40 pagi Rabu.

Turut ditemui peralatan bayi dan nota yang memaklumkan mengenai jadual penyusuan bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata berdasarkan nota yang ditinggalkan itu, bayi berusia 13 hari itu perlu diberi susu setiap 3 jam sehingga mencapai berat 2 kilogram.

"Keadaan bayi itu sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan tetapi dalam keadaan kesejukan walaupun dibaluti dengan selimut," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, pihak polis sedang mengesan ibu bayi tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-- BERNAMA

Artikel Sebelum

Anwar Tak Kemaruk Jadi Adun - Azmin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain