Tidak Bolehkah Ahli Politik Bercakap Terus Terang? - Semasa | mStar

Tidak Bolehkah Ahli Politik Bercakap Terus Terang?

Anwar
Anwar

JADI akhirnya benarlah apa yang dikatakan. Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam satu pilihan raya kecil yang bakal diadakan dalam tempoh 60 hari.

Tetapi soalnya tidak bolehkah ahli politik berhenti daripada bermain sandiwara? Bersikap jujur dan berterus terang sajalah daripada menafikan atau sekadar menyatakan “Oh tidak benar! Itu hanya spekulasi semata-mata...”

Sedangkan ahli politik veteran yang dimaksudkan ini iaitu Anwar Ibrahim sendiri acap kali menegaskan sama ada di pentas-pentas ceramah mahupun dialog-dialog intelektual yang dia mahu membawa politik baru dalam lanskap politik tanah air.

Maka jika mahu lakukan itu, lakukanlah menerusi diri sendiri dahulu. Jangan hanya sebut dimulut tapi perilakunya tidak.

Mereka juga yang seringkali berkata, seorang pemimpin bukan sekadar perlu kelihatan bersih dan jujur tetapi mesilah berlaku jujur sama ada kepada diri sendiri mahupun rakyat.

Malangnya apabila berita mengenai keputusan untuk menamatkan khidmat Tan Sri Khalid Ibrahim selaku menteri besar Selangor muncul pada Isnin, 27 Januari 2014, Anwar dengan gegas sekali menidakkannya. Malah beliau berkata itu sekadar satu spekulasi semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, Anwar menegaskan pula yang pertemuannya dengan Khalid memang berlaku tetapi tidak membincangkan isu tentang jawatan menteri besar.

Tetapi menjelang lewat petang apabila Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh memanggil sidang akhbar dan kemudian mengumumkan perletakan jawatan penyandang kerusi DUN Kajang, Lee Chin Cheh selaku wakil rakyat PKR, jelaslah sudah segala-galanya.

Masalahnya, bukan Anwar sahaja yang menafikan perkara ini tetapi Khalid sendiri - bukan sekali tetapi dua kali menafikannya - yang pertama dalam satu majlis di sebelah pagi dan kedua dalam satu majlis lagi di sebelah petang hari yang sama.

Beliau juga seperti Anwar, tidak bercakap benar.

Dan pagi ini (Selasa, 28 Jan) Khalid sendiri yang terpaksa mengadap para wartawan dalam satu sidang akhbar mengumumkan bahawa benar, Anwar akan bertanding di DUN Kajang.

Anwar sama ada tidak berani atau tidak mahu mengadap wartawan. Mengapa mesti melarikan diri dari kenyataan dan kebenaran? Bukannya ini satu perbuatan jenayah.(#)

Kenapa tidak boleh hadapi ini semua sebagai seorang gentleman, seorang politikus yang bertanggungjawab - terhadap rakyat, terhadap diri sendiri dan juga terhadap politik baru yang hendak diuar-uarkan kepada seluruh rakyat Malaysia itu?

Kenapa tidak berterus terang sahaja? Kenapa harus sentiasa berdolak dalih? Kami rakyat tidak suka diperkotak-katikkan begitu. Maka tolong dengar dan tolonglah betulkan.

(#)Nota: Anwar pada mulanya tidak jadi hadir pada sidang media untuk mengumumkan siapa akan bertanding kerusi DUN Kajang. Tetapi kemudiannya beliau hadir juga. Harap maklum.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain