suria

Operasi Cari Nelayan Hilang Di Dungun Dihentikan

DUNGUN: Operasi mencari dan menyelamat nelayan hilang yang terjatuh daripada bot ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini Rabu lepas, dihentikan lewat petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata usaha mengesan mangsa menemui jalan buntu selepas lebih lima hari operasi dijalankan.

"Kita terpaksa menghentikan operasi menyelamat selepas menemui jalan buntu namun kita telah memaklumkan kepada nelayan sekitar yang turunke laut jika ada terjumpa mangsa," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, Muhammad Ariffin, 40, tercampak ke dalam laut selepas bot nelayan yang dinaiki dipukul ombak besar dan ketika kejadian, mangsa dan tiga lagi rakannya berada di belakang bot.

Sementara itu, Ahmad Zailani berkata operasi mencari seorangpelajar tingkatan empat, Mohd Saiful Azwan Mohd, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kampung Syukor bersama beberapa rakannya di sini sedang giat dijalankan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Lain