suria

Mercun, Bunga Api Ditemui Dalam Kebun Kelapa Sawit Di Muar

MUAR: Pasukan Gerakan Marin Wilayah 2 menemui berpuluh kotak mercun dan bunga api di sebuah kebun kelapa sawit di Parit Nipah, Parit Jawa di sini Isnin yang bahan-bahan tersebut dianggar bernilai kira-kira RM10,000.

Pegawai Pemerintahnya ASP Nordin Osman berkata bahan-bahan itu ditemui di dalam sebuah pondok pada pukul 10 pagi.

Rampasan dibuat hasil intipan tiga hari lalu setelah pihaknya menerima maklumat dari orang awam, katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata tiada tahanan dilakukan kerana tiada suspek ditemui di pondok tersebut semasa serbuan dilakukan.

Beliau percaya mercun dan bunga api itu baru dibawa ke situ untuk kegunaan semasa Tahun Baru Cina. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Lain