suria

Dua Keluarga Islam Malaysia Penuhi Syarat Khidmat Sosial

STOCKHOLM: Khidmat Sosial Sweden berpuashati dengan dua keluarga Islam Malaysia di sini yang didapati memenuhi syarat dan kriteria untuk menjadi keluarga angkat empat beradik yang ibu bapa mereka ditahan pihak berkuasa tempatan.

Perkembangan itu dimaklumkan Wisma Putra kepada Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Sheikh Nafiq Alfirdaous pada Isnin.

Sheikh Nafiq berada di sini untuk misi membantu keluarga itu.

Sheikh Nafiq berkata beliau difahamkan pemindahan hak penjagaan kepada keluarga Malaysia itu dijangka dijalankan dalam masa terdekat.

Pasangan itu merupakan pegawai Tourism Malaysia di Sweden iaitu Azizul Raheem Awalludin dan isteri Shalwati Norshal seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan sejak 18 Disember lepas kerana didakwa memukul tangan anak mereka atas alasan tidak bersolat.

Ekoran penahanan kedua-duanya, kanak-kanak itu terpisah dengan ibu bapa mereka sejak hampir 40 hari dan pihak berkuasa Sweden melantik keluarga angkat bukan Islam untuk menjaga empat beradik itu yang dikatakan tidak gembira ditempatkan dengan keluarga itu.

Sementara itu usaha pasukan khas Umno untuk menemui Duta Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman di Kedutaan Malaysia belum berhasil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Lain