suria

Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta merta.

Ini bagi membolehkannya menyelesaikan satu kes rayuan sivil di mahkamah.

“Dengan mengambil kira keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan juga demi kebaikan dan kepentingan MIC dan juga presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel, saya telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya selaku bendahari agung parti sehingga kes saya diselesaikan di mahkamah,” katanya.

Ramanan menegaskan yang tiada siapa yang lebih besar dari parti dan beliau tidak mahu kes mahkamahnya merunsingkan presiden parti.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh kemudiannya telah mendesak agar peguam negara mengenakan tindakan salah laku jenayah ke atas Ramanan.

Dalam konteks ini, Ramanan menegaskan kes yang melibatkannya dengan pakar psikiatri, Tan Sri Dr M. Mahadevan adalah kes sivil di antara dua individu dan bukannya satu kes jenayah.

“Tidak ada elemen pecah amanah di sini. Ia adalah kes sivil semata-mata,” kata Ramanan.

Menurut Ramanan, peguamnya telah pun mengemukakan rayuan pada Isnin (27 Jan) berhubung kes tersebut.

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Lain