suria

Ahli MCA Perlu Ikhlas Dan Rendah Diri - Liow

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai (kiri) menyampaikan cenderahati kepada ibu tunggal pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Ibu Tunggal dan Kanak-Kanak di Wisma MCA Selangor pada Ahad.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai (kiri) menyampaikan cenderahati kepada ibu tunggal pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Ibu Tunggal dan Kanak-Kanak di Wisma MCA Selangor pada Ahad.

KLANG: Turun ke bawah, berkhidmat kepada masyarakat dengan iklhas dan rendah diri. Nasihat itu diberikan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemimpin akar umbi parti.

"Kami akan menyediakan lebih banyak idea dan memperbaharui strategi untuk rakyat," katanya.

"MCA juga akan mendedahkan cara pembangkang berpolitik yang hanya sekadar propaganda tetapi gagal dalam berkhidmat untuk rakyat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Selangor di sini pada Ahad.

Pada majlis itu, Liow yang merupakan pengerusi MCA negeri turut mengumumkan barisan exco baharu untuk dilantik menjawat jawatan 15 biro di peringkat negeri.

Banyak muka baharu dilantik selain bekas pengerusinya iaitu, Datuk Donald Lim Siang Chai yang diumumkan sebagai timbalan pengerusi MCA Selangor.

Empat naib pengerusi pula ialah Tan Chong Seng, Goh Ah Ling, Datuk Puah Boon Choon dan Datuk Wong Hock Aun.

Liow turut mengumumkan untuk menubuhkan dua jawatankuasa di Selangor bagi menyelia isu berhubung negeri dan undang-undang syariah.

Jawatankuasa Memantau Isu Kerajaan Negeri dan Polisi akan diterajui oleh Datuk Wong Koon Mun manakala Yip Jiunn Han akan bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Undang-Undang Syariah dan Perlaksaan Polisi.

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Lain