suria

Peragut Telefon Bimbit Dicekup Orang Ramai

Orang ramai menangkap lelaki yang didakwa meragut telefon bimbit seorang gadis Plaza Lintas, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Seorang peragut dicekup oleh orang ramai pada Jumaat selepas dia meragut telefon bimbit seorang gadis di Lintas Plaza di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, suspek ditangkap dan dipukul oleh orang ramai selepas mangsa yang berusia 17 tahun memberitahu bahawa lelaki terbabit yang sedang berkeliaran telah mencuri telefon bimbitnya.

Suspek didakwa telah memukul dan menampar gadis terbabit sebelum meragut telefon bimbitnya.

"Saya boleh mengenalinya sebab dia meragut telefon dan memukul saya, dia juga memakai baju serta seluar yang sama pada hari kejadian," kata gadis itu.

Berikutan kejadian itu, gadis terbabit telah membuat laporan polis pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Jauteh Dikun berkata, pihaknya akan menyiasat mengenai insiden tersebut.

Artikel Lain