suria

Henti Main Isu Jualan Daging Babi Di Pulau Pinang - Karpal Singh

Karpal Singh.
Karpal Singh.

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa pihak tertentu supaya berhenti mencetuskan isu mengenai jualan daging babi secara terbuka di Pulau Pinang.

Karpal berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu perlu berhenti mengeksploitasi isu-isu sensitif dan menimbulkan sesesuatu yang bukan isu menjadi isu.

"Daging babi telah dijual secara terbuka di George Town sejak zaman penjajahan British. Namun ketika itu tiada sebarang bantahan.

"Isu itu tidak sensitif, tetapi ia telah dijadikan sebagai sesuatu yang sensitif," katanya.

Beliau menjawab desakan Pertubuhan Perpaduan dan Kebajikan Islam (Isco) baru-baru ini yang meminta supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengharamkan penjualan babi secara terbuka di sekitar George Town.

Artikel Lain