suria

Penjenayah Dikehendaki Ditembak Mati di Teluk Intan

TELUK INTAN: Seorang penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Lorong Berlian, Taman Koperasi di sini, petang Khamis.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, skuad Cantas yang sedang membuat rondaan telah dimaklum mengenai kelibat mencurigakan seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi di Kampung Banjar.

Apabila polis menghampiri kenderaan yang dipandu lelaki berusia 31 tahun itu, dia bertindak memecut kenderaannya sebelum dikejar ke kawasan Traman Koperasi.

Suspek kemudian hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan sebelum dikepung sepasukan anggota polis.

Bagi mengelak daripada ditahan, suspek yang keluar dari kereta bertindak melepaskan tembakan sebelum dia maut akibat ditembak oleh pihak berkuasa.

Hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menemukan pistol jenis Narinco dan sebuah beg berisi ganja yang dipercayai milik suspek.

Pemeriksaan terhadap rekod suspek mendapati, lelaki itu terlibat dalam lima kes jenayah termasuk rompakan bersenjata dan bunuh di negeri berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain