suria

Bot Karam: Seorang Lelaki Dikhuatiri Lemas

SIBU: Seorang lelaki berusia 28 tahun dikhuatiri lemas selepas sebuah bot penumpang karam dekat Sungai Sian, Bintangor, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Bintangor, ACP Mohd Hafifi Mohd memberitahu The Star bahawa insiden itu berlaku selepas bot tersebut dipercayai terlebih muatan.

"Bot tersebut dengan enjin 30hp hanya boleh membawa 12 penumpang sahaja. Ketika insiden, terdapat 18 penumpang di dalamnya. Kesemua 17 penumpang lain selamat," katanya.

Mohd Hafifi berkata, bot tersebut dipenuhi dengan muatan barangan peribadi mangsa termasuk beberapa kampit simen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain