Penjawat Awam Langgar Murid Miliki Lapan Kesalahan Memandu Melebihi Had - Semasa | mStar

Penjawat Awam Langgar Murid Miliki Lapan Kesalahan Memandu Melebihi Had

BESUT: Seorang penjawat awam yang melanggar hingga mati seorang murid Sekolah Kebangsaan Tok Dor, Jerteh dua hari lalu didapati mempunyai lapan rekod kesalahan memandu melebihi had.

Penjawat awam tersebut berumur 49 tahun. Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.40 pagi pada Selasa yang membabitkan seorang murid Tahun 1, Muhammad Shahrulnizam Firdauz Mohd Narawi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata murid tersebut yang sedang dipimpin ibunya tiba-tiba meluru secara bersendirian menyeberangi jalan untuk ke sekolahnya yang terletak berdekatan.

"Ketika itu pegawai kerajaan yang sedang memandu kereta dari Bandar Permaisuri untuk ke tempat kerjanya di Jerteh tidak dapat menggelak dari terlanggar mangsa," katanya.

Mangsa dikatakan terkena di bahagian hadapan kiri kereta penjawat awam itu hingga menyebabkan dia terlambung sejauh lapan meter. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan