suria

Kastam Tahan Rakyat Jerman Cuba Seludup Dadah Bernilai RM700,000

JOHOR BAHRU: Kastam Diraja Malaysia mematahkan cubaan seorang rakyat Jerman yang menyeludup dadah bernilai hampir RM700,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Ramli Johari berkata, lelaki itu memasuki Malaysia dari Hong Kong.

"Suspek itu kemudiannya menggunakan transit penerbangan ke Johor pada 19 Januari pada kira-kira pukul 4 petang di mana mesin pengimbas mengesan empat beg plastik yang dicurigai tersembunyi di sebalik enam beg tangan," katanya pada Rabu.

Beliau menambah, pemeriksaan lanjut mendapati bahawa dadah yang cuba diseludup itu seberat 3.308 kilogram bernilai RM628,520.

Artikel Lain