suria

Persatuan Pengguna Di Johor Disaran Didik Pengguna Soal Pengurusan Kewangan

Mohamed Khaled
Mohamed Khaled

JOHOR BAHARU: Badan bukan kerajaan terutamanya persatuan pengguna di Johor disaran melaksanakan peranan membantu mendidik pengguna dalam soal pengurusan kewangan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana kesedaran tentang aspek tersebut akan mempengaruhi corak perbelanjaan isi rumah serta pengguna.

Beliau berkata kerajaan negeri sedia memberi dorongan dan bantuan sewajarnya kepada persatuan yang aktif dalam menyebar luas ilmu kepenggunaan seperti menjalankan kempen atau hebahan.

"Sebagai pengguna, masyarakat tidak dapat mengelak daripada perubahan dan kenaikan harga barangan, justeru mereka harus bersifat selektif dan bijak memilih serta membezakan antara keperluan dan kehendak," katanya pada majlis pengiktirafan Medan Selera Pilihan Pengguna di sini Selasa.

Medan selera Sri Stulang, Tepian Tebrau dan Atap Berlian Hutan Bandar menerima anugerah medan selera terbaik dan membawa pulang peruntukan pembangunan bernilai RM25,000 setiap satu daripada Majlis Bandaraya Johor Baharu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain