suria

Pekerja Majlis Bandaraya Diserang 30 Ekor Anjing Liar

IPOH: Seorang pekerja majlis bandaraya di sini mengalami pengalaman ngeri apabila dikepung kira-kira 30 ekor anjing liar.

S.Muthusamy, 43, cedera digigit di bahagian pergelangan kaki kirinya dalam kejadian yang berlaku di Bandar Baru Medan, Ipoh, Rabu.

Muthusamy, yang merupakan seorang pemandu memberitahu pemberita bahawa dia dan dua pegawai telah pergi ke kawasan itu pada pukul 9.30 pagi untuk memasang perangkap anjing liar.

"Kami telah berjaya memerangkap seekor anjing dan saya sedang membantu pegawai lain memegang sangkar yang dibuka untuk mengeluarkan anjing itu yang menyalak memberi isyarat kepada anjing lain.

"Kira-kira 30 anjing meluru ke arah saya," katanya.

Muthusamy berkata serangan itu berlaku terlalu pantas sehingga dia tidak mempunyai masa untuk bertindak balas atau melarikan diri.

"Saya telah digigit oleh seekor anjing sebelum pegawai dan beberapa pejalan kaki mengheret saya ke tempat selamat.

"Seseorang yang lalu di situ kemudian menghubungi ambulans dan saya telah diberi bantuan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun," katanya.

Muthusamy bersyukur kecederaannya itu tidak memerlukan sebarang jahitan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain