Operasi Buru Pati Bukti Kerajaan Tidak Berkompromi - Zahid - Semasa | mStar

Operasi Buru Pati Bukti Kerajaan Tidak Berkompromi - Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyertai operasi besar-besaran bagi memburu Pendatang Tanpa Izin (Pati) yang gagal mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan Pati (PKPP) yang diadakan di KLIA, Sepang bermula 12 tengah malam Isnin. -foto TheStar/MOHD SAHAR MISNI
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyertai operasi besar-besaran bagi memburu Pendatang Tanpa Izin (Pati) yang gagal mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan Pati (PKPP) yang diadakan di KLIA, Sepang bermula 12 tengah malam Isnin. -foto TheStar/MOHD SAHAR MISNI

SEPANG: Operasi besar-besaran bagi memburu Pendatang Tanpa Izin (Pati) yang gagal mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) yang diadakan serentak di seluruh negara bermula 12 tengah malam Isnin, membuktikan kerajaan tidak lagi berkompromi berhubung isu Pati.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seramai 10,000 penguatkuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta Polis Diraja Malaysia menyertai operasi paling besar yang pernah dilakukan Imigresen itu.

Ahmad Zahid berkata selepas kerajaan memberi tempoh tiga bulan kepada majikan iaitu bermula 21 Oktober tahun lepas hingga semalam untuk mendaftarkan pekerja mereka di bawah PKPP, kini tiba masanya KDN bertegas terhadap mereka yang enggan melakukannya.

"Di Dalam mesyuarat pasukan Petugas khas, kita bersetuju bahawa PKPP tidak akan disambung kerana majikan telah diberikan tempoh waktu yang panjang.

"Kita memberi peluang kepada majikan kerana kasihan melihat mereka mendakwa ditipu oleh ejen tetapi mereka tetap melengahkan sehingga melanggar undang-undang dan kita tidak akan berkrompomi terhadap mereka," katanya pada sidang media semasa menyertai operasi Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya berhampiran Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, awal pagi Selasa.

Operasi yang melibatkan 700 penguatkuasa itu, turut disertai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad.

Ahmad Zahid berkata operasi tersebut akan diadakan berterusan dan mereka yang ditangkap akan dihantar pulang dalam masa tujuh hari bagi mengelak kesesakan di pusat tahanan serta mengurangkan kos perbelanjaan.

"Terdapat 15 pusat tahanan imigresen di seluruh negara dan kita juga telah wartakan beberapa tempat untuk dijadikan pusat tahanan sementara," katanya.

PKPP dilaksanakan bagi menyelesaikan permohonan majikan yang tidak dapat memutihkan Pati diebabkan kes penipuan ejen/syarikat pengurus, mengurangkan jumlah Pati sedia ada, memastikan pematuhan undang-undang berkaitan dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

PATI yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal dengan kosnya ditanggung oleh pekerja, majikan atau kedutaan manakala majikan yang menggaji PATI itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini