suria

Tiga Penumpang Maut, Bas Persiaran Terbabas

PETALING JAYA: Tiga penumpang maut manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas persiaran terbabas di Kilometer 107.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan ke Johor Bahru.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, bas berkenaan yang membawa 17 penumpang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dipercayai melanggar penghadang jalan sebelum terbalik ke parit bersebelahan.

Artikel Lain