Serangan Di Kabul: Gnanathurai Nagarajah Disahkan Rakyat Malaysia Yang Terkorban - Semasa | mStar

Serangan Di Kabul: Gnanathurai Nagarajah Disahkan Rakyat Malaysia Yang Terkorban

Gnanathurai Nagarajah.
Gnanathurai Nagarajah.

PETALING JAYA: Sebuah badan penasihat ekonomi antarabangsa mengesahkan rakyat Malaysia, Gnanathurai Nagarajah adalah salah seorang daripada dua penasihatnya yang termasuk dalam 21 orang yang terbunuh dalam serangan berani mati pada Jumaat di sebuah restoran popular di Kabul, Afghanistan.

Berpangkalan di London, Adam Smith International dalam satu kenyataan berkata seorang lagi mangsa yang juga bekerja sebagai penasihat bagi firma itu adalah Dharmender Phangurha Singh.

Walau bagaimanapun, kewarganegaraan Dharmender tidak dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusan Adam Smith International, William Morrison.

"Gnanathurai (Gnana) Nagarajah adalah Penasihat Dasar Bajet dan Reformasi, salah seorang penasihat paling kanan dalam projek.

"Beliau telah membantu dalam memperbaharui proses belanjawan negara bagi Afghanistan, menjadikannya lebih berkesan, telus, dan bertanggungjawab," kata kenyataan yang disiarkan di laman web firma (http://www.adamsmithinternational.com/content/death-adam-smith-international-advisers-kabul-attack).

Menurut kenyataan itu, Gnanathurai mempunyai kelulusan doktor falsafah dalam bidang ekonomi untuk kajian beliau mengenai keupayaan kerajaan untuk mengekang perbelanjaan dalam jangka sederhana dan jangka panjang.

"Gnana adalah salah seorang daripada beberapa orang di kalangan kita yang trajektori kekal konsisten dengan kajian akademik mereka dan mengembangkan kerjaya dengan membantu kerajaan untuk melaksanakan disiplin fiskal dan membina ekonomi berdaya tahan," kata kenyataan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun