Pertubuhan Cina, Veteran MCA Perlu Bantu Transformasi Parti - Liow

Liow Tiong Lai.
Liow Tiong Lai.

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pertubuhan Cina dan golongan veteran MCA memainkan peranan penting dalam membantu mentransformasikan parti itu.

Beliau berkata, tanpa sokongan mereka, MCA mungkin tidak mampu untuk memahami serta menangani permasalahan masyarakat Cina di negara ini.

"Hubungan erat yang terjalin antara komuniti Cina dengan parti selama ini telah berjaya menyelesaikan pelbagai isu, terutama pendidikan dan ekonomi.

"Dari segi pendidikan contohnya, peranan Pertubuhan Dong Zong dan Jiao Zong telah bersama-sama membantu menyelesaikan isu sekolah Cina sementara Dewan Perniagaan Cina Malaysia pula membantu memperkasakan ekonomi dalam kalangan masyarakat Cina," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina MCA bersama veteran dan pemimpin komuniti Cina di sebuah hotel di sini, Ahad.

Liow juga berterima kasih kepada veteran parti yang selama ini tidak putus-putus memberi nasihat kepada pucuk pimpinan walaupun mereka telahpun bersara daripada arena politik.

"Kami barisan kepemimpinan MCA baharu turut mengharapkan para veteran lebih kerap 'pulang ke rumah' untuk menjenguk kami kerana kami masih memerlukan sokongan anda semua," katanya.

Lebih 300 pemimpin MCA, veteran dan komuniti Cina hadir termasuk Timbalan Presiden Datuk Wee Ka Siong selain bekas Presiden Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Ong Ka Ting serta Datuk Seri Chan Kong Choy. - BERNAMA

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain