suria

Bot Karam: Satu Lagi Mayat Ditemui

DARO (Sarawak): Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat kelima mangsa tragedi bot panjang yang dinaiki 27 penumpang yang terbalik di Batang Lassa dekat Kampung Kut di sini, pagi Isnin.

Mayat wanita yang identitinya belum dikenalpasti itu ditemui pada 6.49 pagi kira-kira 100 meter dari muara Sungai Saai, yang merupakan kawasan tragedi itu.

Menurut maklumat daripada Bilik Operasi Polis di sini, mayat wanita itu dihantar ke pusat kawalan operasi di Kampung Kut.

Sementara itu operasi mencari dan menyelamat enam lagi mangsa yang masih hilang disambung pagi ini.

Kemalangan itu berlaku apabila bot panjang yang membawa 27 orang dari Kampung Tekajong pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai terbalik akibat dipukul ombak besar.

Enam belas lagi penumpang berusia lingkungan 23 hingga 69 tahun berjaya menyelamatkan diri, empat wanita lemas, manakala tujuh lagi masih hilang. BERNAMA

Artikel Lain