suria

Bot Karam: Operasi Mencari Dan Menyelamat Tujuh Penumpang Disambung Isnin

DARO: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) tujuh penduduk kampung yang masih hilang dalam tragedi bot panjang karam di Daro pada Sabtu dihentikan 6 petang Ahad berikutan keadaan hujan dan ombak besar di Batang Lassa.

Ketua Polis Daerah Matu/Daro, DSP Wagner Lisa Libut berkata operasi akan disambung semula 7 pagi Ahad.

Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui mayat Norsiah Abdullah, 45, di kawasan Kampung Kut, tempat bot itu terbalik.

Mayat tiga wanita ditemui semalam. Jenazah tiga wanita itu dikebumikan di kampung mereka di Kampung Tekajong tengah hari Ahad.

Kemalangan kira-kira pukul 1 tengah hari itu berlaku apabila bot panjang yang membawa 27 orang dari Kampung Tekajong pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai terbalik akibat dipukul ombak besar.

Lapan penumpang dilaporkan hilang dan mayat Norsiah ditemui hari ini, menjadikan tujuh lagi masih hilang. - BERNAMA

Artikel Lain