suria

Peguam Negara Diminta Bawa Pulang Anak Pasangan Malaysia Dari Sweden

Empat kanak-kanak ini mengakui tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat bukan beragama Islam.
Empat kanak-kanak ini mengakui tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat bukan beragama Islam.

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno hari ini meminta pejabat Peguam Negara meneliti prosedur untuk membawa pulang empat anak kepada pasangan suami isteri Malaysia di Sweden yang sedang ditahan polis di negara itu.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jika tidak boleh dibawa pulang, pihaknya berharap agar kanak-kanak itu sekurang-kurangnya ditempatkan dengan keluarga Islam, memandangkan mereka tidak senang ditempatkan di rumah keluarga angkat berlainan agama.

"Wanita Umno ingin memohon agar Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memantau kes ini agar ahli keluarga terutama anak pasangan tersebut tidak tersadai tanpa sebarang bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pegawai Tourism Malaysia di Stockholm, Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Disember lepas dan tahanan reman mereka dilanjutkan dua minggu lagi bagi siasatan memukul tangan salah seorang anak mereka yang tidak bersolat.

Anak sulung pasangan itu, Aisyah, 14, merayu supaya diletakkan dalam penjagaan keluarga Melayu Islam dari Malaysia, selain turut memuat naik status merindui ibu bapanya di laman Facebook miliknya.

Pasangan itu turut mempunyai tiga lagi anak lelaki berusia 7, 11 dan 12 tahun. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain