suria

Lelaki Dipercayai Warga Indonesia Ditemui Mati Dengan Tangan Terikat

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dipercayai warga Indonesia ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan kelar di leher dan tangan diikat di tepi jalan kawasan Enggang Timur 1, Taman Seri Keramat di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saat berkata lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ditemui seorang pekerja wanita tempat pemprosesan kambingdi kawasan berhampiran kira-kira 10.30 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

"Kita percaya mangsa telah dibawa ke sini dan dibunuh kerana tiada kesan mangsa dikejar dan mangsa tidak memakai kasut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Khairuldin berkata mangsa tanpa dokumen pengenalan diri itu dipercayai telah dibunuh kira-kira satu jam sebelum ditemui.

"Senjata yang digunakan tidak ditemui di lokasi kejadian dan mangsa juga tidak dikenali oleh penduduk di kawasan berkenaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain