suria

Mayat Anak Dijumpai Dalam Longkang

PETALING JAYA: Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan setelah mengetahui anaknya, R. Surendran meninggal dunia apabila mayatnya ditemui di dalam longkang.

G.Suselah , 52, sebelum ini kehilangan anak sulungnya 14 tahun lalu.

Malang terus menimpanya apabila dia diminta datang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengenal pasti mayat anaknya di sini.

Mangsa yang berumur 28 tahun itu berkerja sebagai penghantar surat. Ibu mangsa memberitahu bahawa anaknya keluar bersama empat rakannya di Taman Maju Jaya pada Selasa lepas.

“Kawan-kawannya menyedari sesuatu yang aneh berlaku apabila Suren tidak hadir dan tidak menjawab panggilan telefon," katanya.

Menurut ibunya, mangsa yang tinggal bersama ibu saudaranya di Cheras seorang yang rajin dan pemalu.

Anak kedua G. Suselah menjumpai mayat mangsa di dalam longkang berdekatan stesen KTM Kampung Dato Haron pada Jumaat.

Dilaporkan bag, dompet serta telefon bimbit mangsa hilang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata mangsa mungkin mati dua hari lepas dan mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain