Lebih 3,000 Sertai Himpunan Kecam Tindakan Menghina PM - Semasa | mStar

Lebih 3,000 Sertai Himpunan Kecam Tindakan Menghina PM

BUTTERWORTH: Lebih 3,000 orang menyertai perhimpunan bagi mengecam tindakan biadab Anggota Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk pada Rabu lepas.

Perhimpunan anjuran Umno Bahagian Permatang Pauh itu juga bertujuan membantah tindakan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perhimpunan yang disertai Badan Bukan Kerajaan dan badan kebajikan Melayu itu merupakan amaran kepada pihak yang tidak beretika supaya jangan menghina Islam dan perdana menteri.

"Kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan sampai menghina. Tindakan yang dilakukan oleh Adun Machang Bubuk itu bukan sahaja biadab tetapi kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyertai perarakan lebih satu kilometer yang diadakan di sekitar Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya, Sabtu.

Perarakan yang bermula di Pusat Sukan Sunway dan berakhir di Pasaraya Sunway Carnival itu turut disertai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Said dan barisan kepimpinan Umno Pulau Pinang.

Selain melaung slogan 'Hidup Melayu' dan berselawat peserta perarakan itu juga membawa kain rentang yang mengecam perbuatan biadab itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.