suria

Jumlah Kematian Akibat Banjir Di Filipina Meningkat

Mangsa banjir terpaksa menggunakan rakit untuk memudahkan pergerakan merentasi banjir Bandar Butuan, Agusan di selatan Mindanao
Mangsa banjir terpaksa menggunakan rakit untuk memudahkan pergerakan merentasi banjir Bandar Butuan, Agusan di selatan Mindanao

MANILA: Jumlah kematian mangsa banjir yang terkorban di Filipina semakin meningkat dan menyebabkan ramai penduduk mulai meninggalkan penempatan masing-masing.

Pejabat Pertahanan Awam melaporkan hampir 13,000 orang telah meninggalkan kediaman mereka di beberapa pulau di selatan Mindanao dalam tempoh masa 24 jam.

Hujan yang melanda negara itu pada tahun ini adalah paling dasyat pernah berlaku.

Pejabat kaji cuaca negeri berkata sistem cuaca di luar pantai timur Filipina melaporkan hujan yang turun telah bertukar menjadi ribut tropika dan akan melanda pantai Mindanao serta boleh membahayakan penduduk di Agusan.

Jurucakap kerajaan Filipina Reynaldo Balido menegaskan bahawa mereka telah memberi amaran kemungkinan tanah runtuh dan banjir kilat akan melanda Filipina.

Taufan Haiyan yang berlaku bulan November lalu telah mengorbankan seramai 8,000 penduduk dan mnyebabkan empat juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Artikel Sebelum

Artikel Lain