suria

Bekalan Elektrik Di Sabah Dijangka Pulih Sepenuhnya Jam 8 Malam

KOTA KINABALU: Bekalan elektrik di seluruh negeri ini yang terputus sejak pukul 11.10 pagi Jumaat dijangka akan pulih seperti biasa pada 8 malam.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berkata langkah pemulihan sedang dijalankan secara berperingkat untuk mengenal pasti serta membaiki masalah tersebut.

Sehingga pukul 3 petang, hampir 70 peratus bekalan kuasa ke Kota Kinabalu telah dipulihkan.

Pengarah Urusan SESB Abdul Razak Salim berkata bekalan kuasa ke Ranau, Tawau, Labuan, Keningau dan Semporna telah kembali normal pada pukul 1.55 petang.

Abdul Razak berkata, punca kegagalan kuasa yang "tidak dijangka" itu masih dalam siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain