suria

Tiga Pengikut Ajaran Tuhan Harun Tukar Pengakuan Tidak Bersalah

KUANTAN: Tiga daripada enam pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis atas pertuduhan memiliki dokumen yang bercanggah dengan syariat Islam pada April tahun lepas.

Pada 14 Mei 2013, Husin Ismail, Mohd Khalilie Zazali dan Mohd Nizam Mohd Salleh serta tiga yang lain, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di B16-1st, Lorong Pandan Damai 2/201, Kuantan pada 6.50 petang, 4 April 2013.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntuk hukuman denda tidak lebih RM500.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,000 tiap seorang dengan seorang penjamin.

Hakim Syarie Abdul Wahid menetapkan 24 April untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang Mohd Fahmi Abd Jalil.

Artikel Lain