suria

Perubahan Permintaan Punca Kos Projek KLIA2 Meningkat - Nur Jazlan

Nur Jazlan.
Nur Jazlan.
Nur Jazlan.

KUALA LUMPUR: Perubahan dalam permintaan bagi industri penerbangan merupakan antara punca pertambahan kos projek KLIA2, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nor Jazlan Mohamed.

Beliau berkata, industri penerbangan sentiasa berubah-uabh terutama sektor pengembaraan bajet rendah yang menyebabkan peningkatan kos dan kelewatan projek.

"Disebabkan oleh permintaan dalam industri penerbangan itu, pelan untuk projek KLIA2 terpaksa disemak semula beberapa kali," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama para pegawai Kementerian Pengangkutan yang berlangsung selama tiga jam di sini, Khamis.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, projek KLIA2 kini diteruskan dengan tarikh akhirnya pada 2 Mei dan projek berkenaan siap 98%.

Artikel Lain