suria

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet Tangani Isu Kos Sara Hidup

PUTRAJAYA: Satu Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menangani kenaikan kos sara hidup telah ditubuhkan.

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan mempengerusikan jawatankuasa itu, berkata mereka akan menyelaraskan semua dasar dan program berkaitan kos sara hidup dan menjalankan kajian sektor berkaitan kenaikan harga.

"Ini termasuk kenaikan harga yang tidak berkaitan dengan langkah pengukuhan fiskal tetapi berpunca daripada isu struktur pasaran, membabitkan bekalan dan sistem pemasaran," kata Muhyiddin di pejabatnya di sini, Rabu.

Artikel Lain