suria

Kalimah Allah: Permohonan Rayuan Gereja Katolik Didengar 5 Mac

PUTRAJAYA: Pendengaran permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguannya The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dijadual semula ke 5 Mac.

Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply, semasa dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran telah dijadual semula ke 5 Mac.

Pendengaran permohonan gereja bagi kebenaran merayu pada awalnya dijadualkan pada 24 Feb.

Sementara itu, seorang daripada peguam yang mewakili gereja itu, S. Selvarajah berkata beliau dimaklumkan pada Isnin oleh timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan mengenai pertukaran tarikh pendengaran itu.

Katanya timbalan pendaftar memberikan pengesahan secara lisan mengenai tarikh baharu itu.-BERNAMA

Artikel Lain