suria

Senator Australia Gagal Ketepi Larangan Masuk Ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Senator Australia, Nicholas Xenophon gagal dalam usahanya untuk mencabar perintah Jabatan Imigresen melarang beliau daripada memasuki negara ini ketika tiba di Terminal LCCT, Sepang pada Februari tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Zaleha Yusof membenarkan bantahan awal Pejabat Peguam Negara terhadap usaha Xenophon untuk semakan keputusan itu.

Zaleha berkata Seksyen 59A Akta Imigresen tidak membenarkan semakan perintah Ketua Pengarah Imigresen itu jika semua prosedur dipatuhi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain