Raja Noor Jan Shah Dakwa Diri 'Sultan Melaka' Ditahan Polis - Semasa | mStar

Raja Noor Jan Shah Dakwa Diri 'Sultan Melaka' Ditahan Polis

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah.
Raja Noor Jan Shah Raja Tuah.

MELAKA: Polis pada Selasa menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi Selasa ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka".

"Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Pada 8 Januari lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Shah Gzali Khan berkata siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu.

"Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain