Keputeraan Ke-86 Sultan Kedah Disambut Sederhana - Semasa | mStar

Keputeraan Ke-86 Sultan Kedah Disambut Sederhana

ALOR SETAR: Keputeraan Sultan Kedah ke-86 Ahad ini akan disambut dalam kesederhaan, kata Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Pengurusan Korporat Mohamad Rizal Mohamad Radzi.

Sambutan keputeraan akan bermula dengan majlis bacaan Yasin, doa dan jamuan kesyukuran di Masjid Zahir Alor Setar mulai pukul 6.30 petang Sabtu, katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini Rabu.

Beliau berkata Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menghadiri lima program yang dirancang iaitu jamuan negeri di Dewan Santapan Istana Anak Bukit Isnin ini.

Empat lagi program yang akan dihadiri baginda ialah perasmian Masjid Kampung Sawa Pendang, temasya sukan sungai di Tanjung Chali, Alor Setar, pertandingan golf keputeraan dan jamuan datuk-datuk.

Kesemua program itu akan diadakan antara 20 Mac hingga 5 April.

"Rakyat pelbagai peringkat pula diberi peluang menyembah kek sempena keputeraan baginda di ruang legar Dewan Santapan Istana Anak Bukit mulai pukul 9 pagi Sabtu ini," kata Mohamad Rizal.

Beliau berkata istiadat menyembah tahniah oleh Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta penganugerahan darjah dan bintang-bintang kebebesaran negeri pula akan berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit mulai 9 pagi Ahad ini.

Mohamad Rizal berkata penganugerahan darjah dan bintang kebesaran itu dijadual disempurnakan oleh pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Tunku Annuar juga dijadual menyampaikan anugerah itu serta pingat dalam sembilan sesi lain selepas itu, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?