60 Lagi KR1M Dibuka Tahun Ini - Hasan Malek - Semasa | mStar

60 Lagi KR1M Dibuka Tahun Ini - Hasan Malek

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek (tengah) dan Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Ahmad Bashah Md. Hanapiah (kiri) melihat barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) semasa melawat ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, Isnin. -fotoBERNAMA
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek (tengah) dan Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Ahmad Bashah Md. Hanapiah (kiri) melihat barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) semasa melawat ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, Isnin. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuka 60 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara tahun ini dengan tumpuan kepada Sabah dan Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata KR1M yang menawarkan harga sehingga 50 peratus lebih rendah daripada harga runcit biasa mendapat sambutan tinggi rakyat.

"Kementerian sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk membuka KR1M di negara ini, terutama Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur di Pudu Sentral di sini, Isnin.

Setakat ini, kerajaan membuka 125 KR1M di seluruh negara dan menawarkan 397 produk berjenama 1Malaysia.

Beliau juga berkata KR1M bukan sahaja membantu meringankan beban sara hidup rakyat, malah turut membantu peniaga kecil mengurangkan kos pembelian dengan mendapatkan barangan perniagaan secara borong pada harga berpatutan.

Hasan berkata kementerian komited untuk menyampaikan maklumat secara berterusan kepada rakyat bagi memastikan tidak ada rakyat yang ketinggalan atau salah faham dengan inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

Beliau berkata rakyat juga terbuka untuk memberi maklum balas, pandangan atau aduan terhadap semua inisiatif itu bagi tujuan penambahbaikan dan kesejahteraan rakyat.

Selain KR1M, kerajaan turut memperkenalkan antaranya Kedai Kain Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, pakej Menu Rakyat 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain