suria

Mangsa Banjir Di Rantau Panjang Meningkat, Tiga Lagi Pusat Pemindahan Dibuka

RANTAU PANJANG: Tiga lagi pusat pemindahan sementara dibuka di daerah ini setelah bilangan mangsa banjir bertambah pada Isnin.

Setakat 9 malam Isnin, sebanyak 1,684 orang dari 661 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara di sekitar kawasan zon bebas cukai itu.

Menurut portal e-Banjir, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang juga tidak banyak berubah dengan bacaannya 10.31 meter yang melepasi paras bahaya 9 meter.

Jalan alternatif ke Jeli antara Rantau Panjang di Panglima Bayu pula masih ditutup kepada kenderaan ringan.

Tinjauan Bernama di pekan Rantau Panjang mendapati keadaan banjir tidak menghalang aktiviti masyarakat di situ dengan orang ramai mengambil kesempatan bermain air selain ramai yang berniaga kudapan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain