suria

Kanak-Kanak OKU Mati Lemas Dalam Kolam

PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak kurang upaya dijumpai mati lemas dalam sebuah kolam ternakan ikan terbiar di Kampung Changgai di sini, petang Ahad.

Nur Azwa Alia Mohd Faizol, 6, ditemui terapung oleh bapanya dalam kolam yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya itu pada pukul 2 petang.

"Bapanya, Mohd Faizol Samsudin, 29, membawa anaknya itu ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk pemeriksaan lanjut dan pihak hospital mengesahkan anaknya itu telah meninggal," kata Ketua Polis Daera h Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal.

Bercakap kepada pemberita di sini, Mohd Kamal berkata kehilangan Nur Azwa Alia disedari oleh Mohd Faizol pukul 12 tengah hari apabila mendapati anaknya yang mengalami kecatatan mental itu tiada di rumah.

Berikutan itu Mohd Faizol dan keluarganya keluar mencari kanak-kanak itu di kawasan sekitar rumah dan menjumpai anaknya itu dalam kolam berkenaan.

Sementara itu, Mohd Faizol yang bekerja kampung ketika ditemui di rumahnya di Kampung Changgai berkata sudah menjadi kelaziman anaknya itu bermain-main di sekitar kawasan rumah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain