suria

Kamalanathan Enggan Komen Dakwaan Diserang

P.Kamalanathan.
P.Kamalanathan.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan pada Isnin mengesahkan beliau telah membuat laporan polis, Ahad lalu berhubung dakwaan diserang seorang ahli Umno bahagian itu.

"Saya telah memberi kenyataan kepada polis dan saya sedia memberikan kerjasama dengan mereka dalam siasatan itu.

"Saya enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara ini kerana ia mungkin menganggu siasatan polis," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Ahad lalu, Kamalanathan diserang semasa berbual dengan seorang ahli yang memegang jawatan tertinggi dalam Umno Bahagian Hulu Selangor berhubung permintaan untuk memindahkan menantu lelakinya yang juga seorang guru di Johor ke Hulu Selangor.

Menurut pengawai penyiasat, akibat keengganan Kamalanathan, suspek berang lalu menyerangnya di bahagian leher sehingga memaksa mesyuarat tersebut dibatalkan.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis sedang mencari suspek.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain