suria

Hormati Keputusan Mahkamah Bebas Kong Choy - Dr Wee

Chan Kong Choy di Luar Mahkamah Tinggi.
Chan Kong Choy di Luar Mahkamah Tinggi.

PETALING JAYA: MCA menghormati keputusan mahkamah yang membebaskan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kata Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata kes itu seharusnya menjadi pengajaran kepada pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk mendakwa individu.

"Jika tidak ada asas kepada kes, maka dakwaan harus digugurkan serta-merta," katanya.

Dr Wee mengulas keputusan Mahkamah Tinggi pada Isnin yang membebaskan Chan selepas pihak pendakwaan menarik balik tuduhan terhadapnya.

Chan didakwa terhadap tiga pertuduhan menipu Abdullah dengan memperdayakannya (Abdullah) untuk meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siap guna bagi menjalankan pembangunan projek hub penghantaraan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006 bernilai RM1.9 bilion.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 4, Blok Utama di Pejabat Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Chan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dr Wee, yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata orang ramai akan mempunyai pendapat yang berbeza dalam kes-kes seperti ini yang melibatkan tokoh-tokoh .

"Dalam kes ini mahkamah telah membebaskan dia dari semua dakwaan (dan) kita mengakui kedudukan mahkamah dan pengasingan kuasa," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain