Lelaki Mabuk Rosakkan Tujuh Mesin ATM - Semasa | mStar

Lelaki Mabuk Rosakkan Tujuh Mesin ATM

IPOH: Berang selepas kadnya 'ditelan' sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di pekan Menglembu di sini, seorang lelaki mabuk merosakkan tujuh ATM yang ada di dalam premis itu malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua mesin itu dirosakkan lelaki itu dalam kejadian kira-kira 10.10 malam.

"Siasatan awal mendapati suspek dalam keadaan mabuk dan dia marah apabila kadnya 'ditelan' satu daripada ATM berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan lelaki itu, dari Taman Pinji Mewah, Lahat di sini, untuk memecah kesemua cermin skrin mesin ATM berkenaan.

Lelaki itu kini ditahan untuk siasat lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Lebih 1,000 Dipindahkan Di Kelantan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Bapa Lee Chong Wei Kahwin Semula