suria

Iskandar Malaysia Di Johor Akan Dijadikan Hab Perubatan

Mohamed Khaled
Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor menyeru kerjasama daripada semua sektor terutamanya penyedia perkhidmatan kesihatan untuk menjadikan Iskandar Malaysia sebagai hab perubatan.

Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menugaskan KPJ Healthcare, yang mempunyai empat hospital swasta di Iskandar Malaysia menyediakan pelan induk dalam menjadikan hab itu satu kenyataan.

Beliau berkata Johor mempunyai potensi untuk berkembang menjadi hab perubatan untuk menarik pengunjung ke negeri ini untuk mendapatkan rawatan perubatan.

"Tidak ada jangka masa bagi pelan induk itu tetapi KPJ Healthcare juga perlu mengambil kira pelbagai aspek seperti menyediakan perkhidmatan kesihatan seperti pensterilan dalam rancangan itu," katanya selepas menghadiri kem kesihatan di Permas Jaya di sini, Sabtu.

Artikel Lain